text
stringlengths
0
1.44k
Malaysia kini negara berdaulat,
Makmur sejahtera aman sentosa.
Bakti dicurah penuh dedikasi,
Terserlah bakat menabur jasa,
Pentadbir universiti menyambung legasi,
Sejahtera Negara Cemerlang Bangsa.
Muafakat rakyat saling bermuzakarah,
Bersatu bangsa budaya dipelihara;
Majlis pertabalan mencipta sejarah,
Raja berdaulat tonggak negara.
Istana gemilang damai sentosa,
Semarak sambutan pertabalan Tuanku;
Rakyat jelata berdoa sentiasa,
Sejahtera bangsa gemilang negaraku.
Mekah Madinah saksi sejarah,
Ansar Muhajirin berpadu hati;
Permulaan baharu menuju hijrah,
Mencapai al-Falah, rahmat dinanti.
Besi dilebur besi disepuh,
Diacu menjadi senjata indah;
Tanah tak subur benih tak tumbuh,
Ke ladang lain petani berpindah.
Malam sepi mencengkam diri,
Melakar impian jadi kenyataan;
Tunduk padi semakin berisi,
Tunduk insan kepada kebenaran.
Terang bulan membias di air,
Cahayanya kekal jadi hiasan;
llmu bukan fasih bibir,
Pembimbing akal dan akhlak insan.
Tunggu suam baru dituam,
Sekejap lagi bengkakpun susut;
Kami tak diam cari peguam,
Damai diganti hilanglah kusut.
Jerang air sampai mendidih,
Tunggu suam baru dituam;
Orang hilir jangan berdalih,
Kami tak diam cari peguam.
Hidupnya semakin hilang
Atau mungkin akan pupus
Tidak terjaga khazanah gemilang
Harap jangan kita membungkus
Dunia ini ana yang punya,
Ada duit mereka buat apa-apa saja,
Abaikan tohmah sumpah bangsa,
Nanti bertaubat Tuhan terima.
Apa peduli jiran mengata,
Yang penting sayalah raja,
Hilang bimbang tak perlu durja,
Dalam kocek wang berjuta.